ROMAN HIPPODROME
Hippodrome dulunya merupakan tempat perlumbaan chariot dan pertandingan olahraga diadakan. Ditengahnya dihiasai oleh obelis Mesir dan beberapa tiang lain. Pembinaannya bermula dalam tahun 203 oleh Maharaja Septimus Severus dan seterusnya diperbesarkan oleh Constantine the Great. Pada zaman kerajaan Othmaniah, ia dijadikan tempat jualan kuda. Terdapat tiga monumen penting di sini:
- Obelis Mesir: dibina dalam kurun ke 16 oleh firaun Tutmosis di Mesir dan dibawa ke Istanbul dengan bot pada kurun ke 4 AD.
- Tiang Serpentine: mulanya dibina dalam Kuil Delphi di Greece kemudiannya dibawa ke Istanbul. Sebelum kurun ke 17, terdapat tiga kepala ular gangsa terkeluar daripada tiang tersebut kemudiannya hilang tinggal satu yang boleh dilihat di Muzium Arkeologi.
- Tiang Constantine: Ia dikatakan dibina para kurun ke 10. Sebelum 1204, ia diseliputi oleh gangsa dan perak tetapi selepas tentera salib tiba di sini, mereka telah mencabut untuk dibuat wang syiling.
TOPKAPI PALACE
Topkapi Palace adalah sebuah istana yang merupakan kediaman rasmi Sultan Uthmaniyyah untuk kira-kira 400 tahun (1465-1856) pemerintahannya. Sekarang ia merupakan muzium yang mempamerkan peninggalan suci dalam dunia Islam seperti jubah dan pedang Nabi Muhammad S.A.W, tongkat Nabi Musa dan barang-barang peninggalan Sultan Uthmaniyyah. Pembinaan istana bermula pada tahun 1459, yang diperintahkan oleh Sultan Mehmed II, penakluk Constantinople Byzantine.
Masjid ini dibina pada tahun 1561 – 1563 oleh Mimar Sinan. MAsjid ini mashur dengan jubin cantik dari Iznik yang berbentuk floral dan geometri yang meliputi bukan sahaja di muka anjung tetapi juga di mihrab, mimbar, dinding, tiang dan juga permukaan sebelah luar anjung.
BOSPHORUS CRUISE
No comments:
Post a Comment