Tuesday, July 19, 2011

Day 4- 12.10.2010 (Pamukkale - Konya - Cappadocia)

Pamukkale
Pamukkale terletak di wilayah Aegean dekat berdekatan dengan Denizli yang merupakan pusat pelancongan dengan teres-teres batu putih asli dan juga kolam air panas.  Pamukkale bermakna Kota Kapas di mana air yang kaya dengan kalsium telah membentuk permukaan batu menjadi putih seperti hamparan sajli. Ketika zaman kerajaan Rom, Pamukkale merupakan pusat spa air panas dan sekarang airnya masih panas dan dikatakan dapat menyembuh penyakit.  Di sini juga terdapat tinggalan Kerajaan Byzantine iaitu Hierapolis di mana terdapat tinggalan runtuhan pusat mandi, gereja, kuil dan nekropolis.

Gambar Sekitar Hotel








Cotton Castle
































Hierapolis























Mevlana Muzium di Konya

Konya masyhur dengan Muzium Mevlana. Mevlânâ Celaleddin Rumi merupakan pengasas kepada tarikat Mevlevi. Salah satu cara bermeditasi tarikat ini ialah melalui tarian berpusing di mana penarinya mampu berpusing berjam-jam lamanya. Muzium Mevlana dibina pada tahun 1274 sebagai kubur kepada Mevlana dan anaknya Sultan Veled. Sekarang, Muzium berkubah jubin hijau ini mengandungi kaligrafi Kerajaan Seljuk dan Othmaniah dan juga mengandungi relik berkaitan Nabi Muhammad S.A.W.