Tuesday, November 29, 2011

Hari ke 9: Istanbul dan Balik KL


HAGIA SOPHIA

 

Hagia Sophia merupakan sebuah gereja di zaman Byzantines dan ditukar menjadi masjid pada zaman Uthmaniyyah.  Setelah Turki menjadi republik, ia ditukar menjadi sebelah muzium.















Gambar sekitar istanbul dan makanan

 













 

Hari ke 8: Istanbul

ROMAN HIPPODROME

Hippodrome dulunya merupakan tempat perlumbaan chariot dan pertandingan olahraga diadakan.  Ditengahnya dihiasai oleh obelis Mesir dan beberapa tiang lain.  Pembinaannya bermula dalam tahun 203 oleh Maharaja Septimus Severus dan seterusnya diperbesarkan oleh Constantine the Great.  Pada zaman kerajaan Othmaniah, ia dijadikan tempat jualan kuda.  Terdapat tiga monumen penting di sini:

- Obelis Mesir: dibina dalam kurun ke 16 oleh firaun Tutmosis di Mesir dan dibawa ke Istanbul dengan bot pada kurun ke 4 AD.

- Tiang Serpentine: mulanya dibina dalam Kuil Delphi di Greece kemudiannya dibawa ke Istanbul.  Sebelum kurun ke 17, terdapat tiga kepala ular gangsa terkeluar daripada tiang tersebut kemudiannya hilang tinggal satu yang boleh dilihat di Muzium Arkeologi.

- Tiang Constantine: Ia dikatakan dibina para kurun ke 10.  Sebelum 1204, ia diseliputi oleh gangsa dan perak tetapi selepas tentera salib tiba di sini, mereka telah mencabut untuk dibuat wang syiling.









TOPKAPI PALACE


Topkapi Palace adalah sebuah istana yang merupakan kediaman rasmi Sultan Uthmaniyyah untuk kira-kira 400 tahun (1465-1856) pemerintahannya. Sekarang ia merupakan muzium yang mempamerkan peninggalan suci dalam dunia Islam seperti jubah dan pedang Nabi Muhammad S.A.W, tongkat Nabi Musa dan barang-barang peninggalan Sultan Uthmaniyyah. Pembinaan istana bermula pada tahun 1459, yang diperintahkan oleh Sultan Mehmed II, penakluk Constantinople Byzantine.





















MASJID RUSTEM PASA

Masjid ini dibina pada tahun 1561 – 1563 oleh Mimar Sinan. MAsjid ini mashur dengan jubin cantik dari Iznik yang berbentuk floral dan geometri yang meliputi bukan sahaja di muka anjung tetapi juga di mihrab, mimbar, dinding, tiang dan juga permukaan sebelah luar anjung.






BOSPHORUS CRUISE

 

Bosphorus adalah selat yang menghubungkan antara Laut Marmara dengan Laut Hitam.  Sepanjang cruise, antara yang dapat dilihat adalah bangunan yang bersejarah seperti istana Dolmabahce yang dibina pada tahun 1854 yang menempatkan 6 orang sultan terakhir kerajaan Uthmaniyyah.  Seterusnya dapat dilihat kubu Rumeli  yang dibina pada tahun 1854 oleh Sulyan Mehmet II sebelum penaklukan Istanbul yang bertujuan untuk menghalang sebarang bantuan dari laut iaitu dari laut hitam yang boleh membantu kerajaan Byzantines.



























THE GRAND BAZAAR

Salah satu tempat yang menjadi tumpuan pelancung adalah grand bazaar yang mengandungi ribuan kedai yang menjual pelbagai jenis barangan seperti tikar, barangan kulit, cenderamata, barang kemas dll.