Tuesday, November 15, 2011

Hari ke 7: Bolu - Istanbul


Setibanya daripada Bolu, kami dibawa ke kilang barangan kulit dan seterusnya dibawa ke Masjid Biru untuk solat Jumaat.

MASJID BIRU

Masjid Sultan Ahmed atau lebih dikenali sebagai Masjid Biru disebabkan ia dihiasi oleh jubin biru pada bahagian dalam masjid tersebut.  Masjid ini dibina antara tahun 1609 dan 1616, semasa pemerintahan Sultan Ahmed I dari Kerajaan Uthmaniyah. Masjid Biru merupakan satu-satunya masjid yang mempunyai 6 menara.  Sama seperti masjid lain, ia juga dibina untuk makam pengasas, madrasah dan tempat penginapan. Arkitek yang bertanggungjawab terhadap masjid ini adalam Sedefkar Mehmet Aga, iaitu murid kepada arkitek terkenal Sinan. Masjid Biru dibuka setiap hari untuk pelancong kecuali pada waktu solat.










MASJID AYYUB AL-ANSARI

Masjid ini dinamakan sempena nama sahabat Rasulullah S.A.W iaitu Abu Ayyub Al-Ansari yang meninggal di sebelah tembok kerajaan Byzantynes dalam misi untuk menawan Constantinoples untuk merealisasikan sabda Rasulullah S.A.W.  Masjid ini dibina oleh Sultan Muhammad Al-Fateh sejurus penaklukan Constantinoples.  Di sebelah masjid juga terletaknya makam Abu Ayyub Al-Ansari.












SPICE MARKET
Spice market mengandungi 86 kedai di dalamnya yang menjual pelbagai rempah, herba, tumbuhan perubatan, buahan kering, kacang, teh, minyak dsb..    











No comments:

Post a Comment